Cecrops II, raja legenda Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 40 tahun, dan diwarisi oleh puteranya, Pandion II. Pandion II kemudian dibuang negeri dari Athens oleh anak-anak lelaki adik Cecrops II (atau mungkinnya anak saudaranya), Metion, supaya Metion dapat berkuasa. Pandion II melarikan diri ke Megara dan di sana, baginda berkahwin dengan puteri Megara dan akhirnya mewarisi takhta. Selepas kemangkatannya, putera-putera Pandion II pulang ke Athens dan menghalau putera-putera Metion dari Athens.